Ilah

Bismillahirrahmanirrahim....

Tiba2 je hari ni tergerak hati nak tulis blog. Dah lama sy tinggal memblogging ni. So utk hari ni, post blog sy adalah 'Ilah'.

Tau tak kawan2 semua ape tu ilah? Pernah dgr tak? Kat sini, sy nak sharelah ngn kwn2 semua apa yg sy fhm tentang Ilah ni. Tp post sy ni kire terbuka utk perbincangan sbb sy post blog ni bukan saja2 memberitahu tp utk tahu jugak. Dgn adanye post ni, blh kite bincang sama2 tentang Ilah supaya sy dan kwn2 yg membaca dpt fhm istilah Ilah ni. Lepas faham, kita sama2 amalkan nak? Hehehe... InsyaAllah...

So, here it goes...

Ilah ni kalau dari segi istilah maknanya sembahan. Kita selalu sebut "la ilaha illallah" - tiada tuhan yg disembah melainkan Allah swt. Ape yg telah difahamkan kepada sy, ilah ni adalah apa sahaja yang kite utamakan. Kalau kita utamakan Allah, so Allah lah ilah kita. Kalu kita lbh pentingkan study, so study lah ilah kita.

Boleh jadi seseorg tu kata die percaya pd Allah tp tak semestinya dia sembah Allah. Aik, ape yg sy ckp ni???

Meh, sy bg satu contoh. Contohnya mcm fesyen. Kita mcm tak kisah nak pakai bj ketat2 n warna bergemerlapan dipanah dek cahaya (exergeration di sini..hehehe) asalkan kita nmpk bergaya dan dipandang org. Kita tak pk langsung, Allah suke ke kalu aku buat cenggini? Kita sama skali ketepikan Allah. Tu namanya ilah kepada fesyen. Kita meletakkan fesyen tu plg utama dari Allah. Kita dah tak hirau dah ape garis panduan yg Allah bg dlm kite nak berpakaian. Melawa2 tu blh malah Allah pun suka pd yg indah2 kerana Allah itu indah tp 'indah' Allah tu ade syaratnya.

Ada satu lagi contoh. Katakanlah masa tu kite tgh stadi then tiba2 azan berkumandang. Kita mulalah kata, "Kejap lagila solat." "Awal lg ni. Masa Isyak ni pjg. Sat2 lagi ja la solat." Tak pun, "Ish, aku tgh smgt ni, nnt lpas solat karang, hilang plak smgt stadi ni. Hbskanlah dulu chapter ni. Lpas tu, solat ah."

Mcm2 alasan kite bg pada diri kita. Even sy sndr akui yg sy pun mcm tu gak. Dan yg inilah dikatakan ilah kita adalah study. Kita mengutamakan study dari kewajipan kita kpd Allah swt.

Hmmm...begitu seni dan halusnya ilah ni, ye kawan2. Sbb tu sblm nak buat ape2 je kite kena pk dulu, Allah suke ke aku buat ni? Allah syg tak kat aku bila aku buat camni? Allah marah tak kalu aku buat gini? So, sama2la kita muhasabah diri kita balik.

Mcm yg sy ckp td, if kawan2 ade pendapat atau rs perlu tambah apa2, silakan. Sy bersifat terbuka. N mmg tujuan sy menulis ni bukan sekadar ingin memberitahu tp juga ingin tahu. Sama2 kite tingkatkan ilmu dan iman kita. InsyaAllah.... =)

p/s: ini hanyalah pendapat dan pemahaman sy selepas sy membaca dan bertanya kpd yg lbh mengetahui. kalu ada ape2 yg kurang, harap dapat ditambah n kalu ade ape2 yg silap, harap diperbetulkan. jazakumullah khairan kathiro, kwn2.

0 comments: