kenangan surau mrsm

salam semua..

teringat kisah saya ketika di mrsm dahulu.
ketika itu saya seorang diri di surau. mengulangkaji. seronok study kat surau, tenang, sunyi je sbb pelajar2 yg lain berada di kelas.
surau perempuan ada dua bahagian, satu ruang solat, lagi satu bilik besar di belakang ruang solat.
lama juga saya berada di surau pada malam itu. saya seorang sahaja yg berada di bahagian ruang solat pada ketika itu.

eh, dah hampir pukul 10 atau 10.30, saya tidak berapa ingat. dah lambat tu. saya sepatutnya sudah berada di bilik pada ketika itu. saya pun cepat2 mengemas buku dan barang2 saya. saya tidak ingat nama siapa yg saya panggil kerana pada fikiran saya, saya tidak berseorangan di surau tingkat tiga itu. tiada yg menjawab. saya sangka ada kawan-kawan yg masih study dalam bilik besar di belakang ruang solat.

rupa-rupanya saya berseorangan. tiba-tiba saya rasa gerun. saya takut. cepat2 saya padamkan lampu surau. perasaan saya yg tenang tadi bertukar menjadi takut. cepat2 saya atur langkah menuruni anak tangga dari tingkat tiga itu.

-------------------------------

hari ini, saya teringat akan kisah itu.

saya berasa berani, apabila saya tahu dan rasa ada seseorang bersama saya.
tapi, when i found out that i was alone, saya jadi takut, jadi tak tenang, fikir itu ini, habis terkeluar cerita-ceriti hantu kat surau tu. sbb apa saya jadi mcm tu?
sbb saya berasa keseorangan. saya tidak merasakan Allah berada bersama saya.

itu dulu, kisah ketika saya masih di tingkatan 5. kisah ketika saya belum mendapat percikan tarbiyah.
tapi kini, Allah mengingatkan saya!
Allah sentiasa Bersama kita
Allah sentiasa ADA untuk menjaga kita
kita tidak pelu takut ketika berseorangan!
kita hanya perlu takut kpd Allah!

rasalah keberadaan Allah bersama anda!
anda pasti menjadi lebih berani drpd biasa!
siries ni!

0 comments: