hatiku bersabarlah!

salam,

aku tahu, aku faham
sudah sunnatullah jalan ini panjang, susah, tp hasilnya pasti

pernah satu ketika semasa di daurah, seorang akh berkata, "ada org tu, dia ajak org, DF semua tp bila sampai satu masa org x mahu ikut dia, akhirnya dia down dan dah x mahu dah buat dakwah"

aku berasa pelik ketika itu, "yg tu pun nak lemah semangat", kataku dalam hati.
aku memperkecilkan org itu.

tapi kini, aku dapat merasakan perkara yg sama. aku berasa sedih. air mataku mengalir. cepat-cepat ku kesat agar hati ini tidak terbawa2 oleh kesedihan itu. aku tahu jalan ini panjang dan susah. kini aku merasakannya. bahang kesusahannya makin hari makin terasa hangat.

aku takut. aku sungguh takut jika mereka yg diajak ke jalan ini belum terbuka hati sepenuhnya kerana aku. kerana aku yg kotor hatinya. aku yg sarat dgn dosa. dosa yg menghalang org lain drpd melihat jalan ini sbg sebuah jalan yg di akhirnya ada syurga yg mengiurkan. sungguh Tuhan, aku takut. aku sungguh takut.
ampuni aku Tuhan..
ampunilah aku..

moga2 kita semua thabat di jalan ini.
moga dakwah menjadi darah daging kita semua
darah daging yg kita akan sanggup berkorban apa sahaja untuknya
amin~

[dah2 jgn down2 tau.. kite kene kuatkan hati! minta kekuatan drpd YANG MAHA KUAT!]

"...Maka jgn engkau (Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat"
35:8

0 comments: