rintihan

salam wrt wbt

menjadi seorang pelajar perubatan amat terasa beratnya

tambah-tambah ketika musim imtihan
daripada bangun tidur sehinggalah tidur kembali.. rutinnya ialah belajar..
bg kami yg berada di cz, setiap kali musim imtihan, masing-masing akan berusaha yg usaha yg terbaik untuk menghabeskan senarai soalan peperiksaan
kadang-kadang bagi satu subject, jumlah soalannya mencecah angka seratus, malah lebih.
musim imtihan juga selalunya ialah musim cuti.. jaadi bagi sesiap yang berjaya mengahabiskannya awal, bykla cutinya :)

kepenatan sememangnya amat terasa
apatah lagi mengantuk yang selalu mengacau
air mata.. usah ditanya berapa banyak yang sudah mengalir, menitik ke atas buku-buku ini
emosi yg sering terganggu selalu cuba diimbangkan supaya sahabat-sahabat lain tidak mandapat kesannya

ahh.. mengapa kedengarannya seperti susah sekali medic ini?
namun, tidakmengapa.. jika ini yang didamdakan drpdku untuk menempu syurga-Mu ya Rabb.. aku redha
aku redha bersusah payah unutk mendalami ilmu sihir ini ya Rabb.. aku rela mendalaminya demi dakwah itu sendiri...

ya Allah, permudahkanlah ya Allah.. permudahkanlah..

cuma aku harap, kepenatanku, air mataku, keletihan aku akan dikira oleh-Mu ya Allah..
aku tidak mahu penat lelahku akan mengundang neraka kelak.. nauzubillah..
aku bukan mengeluh ya Rabb.. aku hanya ingin Engkau mengira usahaku.. walaupun aku tahu aku x sempurna. selalu x tepati janjiku...
ya Allah.. ampuni aku.. moga aku dapat mengawal diriku.. amin.. :)

semoga aku sentiasa berada dalam ketaatan-Nya..aminn..

*ilmu sihir ialah ilmu medic jika dikiaskan dengan hadis ghulam.WA



Dibenamkan dari awal hingga akhir mereka....

Sedang membelek-belek Riyadh al-Salihih, terjumpa hadith ni. Mari direnungkan:

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu 'Abdullah "Aisyah (r.a), beliau berkata:"Rasulullah (s.a.w)bersabda: " Ada sepasukan tentera menyerbu Ka'abah. Namun tatkala mereka berada di tanah yang lapang mereka dibenamkan (ke dalam perut bumi) dari awal pasukan hingga paling akhir dari mereka." Aisyah (r.a)berkata, "Saya bertanya: " Wahai Rasulullah bagaimana dibenamkan dari awal mereka hingga paling akhir dari mereka, padahal di dalamnya ada orang-orang pasar (orang2 awam)dan ada pula selain mereka?" Baginda menjawab,"Dibenamkan dari awal hingga akhir mereka kemudian mereka dibangkitkan berdasarkan niat-niat mereka."
Muttafaq 'Alaih

oOOoo...dah faham bagaimana Allah menimpakan bala kepada semua umat dalam kaum itu, tapi Allah membangkitkan mereka berdasarkan niat mereka. Allah itu Maha Adil.

Jangan Kau ambil penglihatanku, ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Angin berhembus lembut ke muka Salsabila. Sesekali dipejamkan matanya sambil menikmati keindahan pantai.

"Apa yang dimenungkan tu Sal?" tanya Rumaisa' sambil duduk di sebelah Salsabila.

Salsabila memandang temannya itu lalu tersenyum.

"Tiada apa-apalah, Ru. Saya saja menikmati keindahan ciptaan Allah ni," kata Salsabila sambil mengalihkan pandangan ke arah laut.

Masing-masing terdiam, memerhatikan keindahan alam ciptaan Allah. Sesekali kedengaran bunyi burung-burung yang terbang ke sana ke mari disulami dengan bunyi ombak yang menghempas pantai.

Rumaisa' menarik nafas panjang lalu melepaskannya, "Aaahhh... Alhamdulillah. Mampu lagi bernafas."


Salsabila memandang sahabatnya itu sambil tersenyum. Dia membetulkan tudung Rumaisa' yang senget akibat hembusan angin laut.

"Sal..." panggil Rumaisa'.

"Hmm.." jawab Salsabila.

"Kalau awak disuruh untuk buat pilihan, pancaindera mana yang akan awak korbankan?" tanya Rumaisa'.

Salsabila memandang Rumaisa'. Dia mengalihkan pandangan ke arah lautan yang luas terbentang di hadapan mereka.

"Kalau saya diberi pilihan, saya nak buta mata," jawab Salsabila.

Rumaisa' mengalihkan muka ke arah Salsabila sambil mengerutkan dahi lalu bertanya, "Kenapa, Sal?"

Salsabila tersenyum lagi melihat sahabatnya itu.

"Sebab kalau tanpa penglihatan, saya tidak akan dapat melihat lagi maksiat di depan mata. Tidak akan ada lagi pandangan fitnah seperti yang disebut dalam al-Quran," terang Salsabila.

"Pandangan fitnah? Macam mana tu?" tanya Rumaisa' lagi.

"Pandangan fitnah tu macam ni, kalau saya terlihat seseorang yang berpakaian tidak senonoh, dan tiba-tiba terdetik di hati saya, 'Ish, teruklah perempuan ni. Dah tahu aurat mana kena tutup, masih lagi nak tunjuk bahagian yang haram.' Itu dikira sebagai pandangan fitnah. Dari mata turun ke hati kan?" Salsabila memegang tangan sahabatnya itu.

Rumaisa' mendiamkan diri.

"Tapi Sal, tanpa penglihatan banyak perkara yang awak akan rugi," kata Rumaisa'.

Salsabila mengerutkan dahinya lalu berkata, " Maksud awak?"

Rumaisa' menghela nafas panjang. Katanya, "Bila awak buta, awak tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah ni. Dengan hanya melihat ciptaan Allah ni, ianya akan dapat meningkatkan keimanan awak. Dengan melihat, awak dapat baca ayat-ayat al-Quran, surat cinta dari Allah. Awak dapat mengkaji ayat-ayat Allah. Awak dapat melihat semua warna di dunia ni. Hidup awak akan diwarnai dengan segala macam warna di dunia. Tidaklah gelap dan suram sentiasa. Bila tidur, gelap. Bangun dari tidur pun gelap. Siang dan malam, sama sahaja. Tiada beza."

Salsabila hanya memandang sahabatnya itu. Rumaisa' menundukkan kepala.

"Awak berkata ini dari pengalaman awak sendiri? Inikah yang awak rasa, Ru?" tanya Salsabila.

Rumaisa' hanya menganggukkan kepala.

"Awak tau, saya teringin melihat bagaimana rupanya burung itu. Bagaimana rupanya pantai itu. Bagaimana rupanya ombak yang menghempas pantai. Saya betul-betul mahu melihat semua itu," kata Rumaisa' dalam sendu tangisnya.

"Bersyukurlah, Sal kerana Allah masih memberi awak nikmat penglihatan. Bersyukurlah. Mungkin bagi awak, benda ni hanya benda kecil tapi Sal, percayalah. Bagi orang buta seperti saya, ia adalah suatu nikmat Allah yang amat berharga. Gunakan sebaik mungkin sahabatku. Jauhkan pandangan fitnah yang awak katakan tadi," sambung Rumaisa' lagi.

"Rumaisa'..." kata Salsabila.

"Awak tahu tak kalau saya diberi peluang untuk melihat sesuatu di dunia ini untuk seminit, saya nak lihat apa?" tanya Rumaisa' sambil mengesat air matanya lalu tersenyum.

"Tengok pantai?" teka Salsabila.

Rumaisa' menggelengkan kepala, "Tak."

"Tengok...muka awak yang cantik ni," teka Salsabila lagi.

Rumaisa' ketawa kecil sambil menggelengkan kepala, "Tak.."

"Habis tu?" tanya Salsabila.

Rumaisa' mengalihkan muka ke arah Salsabila. Dia tersenyum dan berkata, "Tengok awak. Sahabat saya dunia dan akhirat. Yang selalu bersama saya tak kira saya di mana. Awaklah ibu, bapa dan kakak saya. Awaklah anugerah terhebat yang Allah kurniakan kepada saya. Awak, Salsabila."

"Sesungguhnya, Rumaisa'. Awak akan dapat melihat saya juga nanti, insyaAllah. Di syurga nanti wahai sahabatku. Di syurga nanti," ujar Salsabila sambil menahan sebak.

Salsabila memeluk Rumaisa' dengan tangan kanannya dan Rumaisa' merebahkan kepala di bahu Salsabila. Pada saat itu, Salsabila melihat kebesaran Allah dan Rumaisa' berkata kepada Salsabila, "Tidak mengapa Allah tarik nikmat penglihatan saya ini kerana saya masih lagi mempunyai pendengaran untuk saya dengar bunyi ciptaan Allah dan melakarnya di atas 'skrin' hitam di depan saya ini... Alhamdulillah."
Dengan namaAllah..Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah yang masih lagi mengizinkan hambaNya ini bernafas, mengizinkan jari2 ini bergerak menulis kata2 yang diharapkan dapat memberi manfaat terutamanya buat diri sendiri...

Tentu ramai yang sudah mendengar lagu Always Be There by Maher Zain :)
Saya sendiri sudah banyak kali mendengar lagu ni,hinggakan ringtone handphone saya pun saya setkan lagu ni... tapi hari ni adalah kali pertama saya dapat 'tangkap' apa yang disebut dalam beberapa rangkap pertama lagu tersebut dan saya amat tersentuh dengannya..

If you ask me about Love..
And what I know about it..
My answer will be..
Its everything about ALLAH..
The pure Love..
Yes, its everything about ALLAH...
semuanya adalah tentang ALLAH..
Kasih=ALLAH...
ALLAH yang selalu kita lupa..
ALLAH yang sebenarnya mengasihi kita sebenar benarnya,
yang mencampakkan rasa kasih manusia terhadap kita,
Pemilik kasih sayang dan cinta yang mutlak...
ALLAH yang tidak pernah jauh dari kita..

Yang mana denganNya kita tidak berasa keseorangan atau berasa disisihkan..
Yang mana denganNya kita adalah orang yang sama ketika berseorangan atau di tengah ramai..
Yang mana denganNya hati kita sentiasa tenang, tidak resah gelisah kerana manusia dan dunia..
KeranaNya kita hidup...keranaNya kita bertindak..

Saat dada terasa sesak kerana memikirkan dosa yang dilakukan, dan dunia terasa sempit...
Allah lah yang melapangkan segalanya...
Allah yang Maha Penyayang menjanjikan keampunan buat hambaNya yang inginkan keampunan. Allah SWT berfirman: "...dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah..." Ali Imran:135

Ayuh kita kembali mencintai ALLAH...


Apabila sujud di dalam solat tidak lagi menyebabkan kita rasa dekat dengan Allah...
maka awasilah...
di mana sudah kita tinggalkan atau pautkan hati kita...
pada manusiakah?
pada duniakah?
atau di mana..




Allahul Musta'an..
Allahu A'lam

....THe CrEaToR of YOU n ME....