Showing posts with label okurka. Show all posts
Showing posts with label okurka. Show all posts

carilah jalan~!

Bismillahirrahmanirrahim~

salam semua,

semalam waktu tadabbur bersama2 jundies, saya tertarik dgn ayat 35 surah al-maidah..
x tahulah kenape.. dalam semua ayat, bila jundiy pia bacakan ayat tu, saya rasa sumthing~

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah
dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya
dan berjihadlah (bejuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung.
al-Maidah :35

ya, semuanya tidak datang bergolek
hidayah Allah tidak datang bergolek
perlu dicari
perlu dirintih
perlu diusahakan setiap masa

kita yg perlu mencari jalan itu.. jalan yg mendekatkan kita kepada Allah
akal yg kita ada perlu digunakan untuk mencari jalan tersebut

seriously, pelbagai cara yg kita buleh buat untuk mendekatkan diri kepada Allah
sambil bejalan ke kelas, instead of sembang2 buleh kita zikir nama Allah, beristighfar
sambil naik trem, tgok pokok2 hijau n bunga2, puji2lah Allah~ subhanallah.. Dialah yg menumbuhkan pokok yg tiada pada musim winter kepada ada
sambil jalan2 tgok2 org cz yg belum islam, alhamdulillah.. aku islam~ thank U Allah kerana menghadiakan aku tiket ke syurga!
dan pelbagai lagi

to okurka! usaha!
btw, tahukah anda okurka = timun

tarbiyah tidak boleh tinggal

salam semua,

pagi tadi selepas mandi, saya terus on laptop saya, ada offline msg yg minta saya buzz dia
dia.. sahabat yang saya sayangi.. ade ape ye? saya tertanya-tanya..

kalo exam, awak buat usrah x?
mad'u saya x nak buat usrah waktu exam
lebih kurang mcm tu la ayat dia..

hmmm...
mencabar jugak soklan dia

usrah.. tarbiyah..
tarbiyah tidak buleh tinggal
benda2 ni mmg x buleh tinggal kerana tarbiyah adalah suatu process yg bak kate org putih 'ongoing process'

benda ni terjadi kepada saya
pernah selepas ib dulu
saya dah x ikut usrah
perangai saya jadi teruk
lagha sepanjang masa
astaghfirullah
benarlah anak adam ni anak biah (suasana)
tp diri sendiri juga kena kuat.. kekuatan ini harus diminta drpd Allah dan perlu dicari
bukan hanya meminta tanpa berusaha.. awas itu!
mencarinya di dalam usrah, ceramah2, daurah2 dan dll merupakan tarbiyah (pendidikan) yang pada pendapat saya harus dipegang oleh setiap insan

hmm
berbalik kepada persoalan sahabat saya tadi..
jikalau mad'u x mahu dtg usrah sbb exam,
mungkin kita buleh menghantar artikel2 yg berbentuk pengisian jiwa
sbb waktu exam, akal dah diisi dgn ilmu2 medic, engeneering dsb
ruhiyyah bagaimana?
bukankah manusia dibina daripada 3 unsur iaitu ruh, akal dan jasad? kan kan
ketiga2 pun memerlukan pengisian yg cukup

maka
jgn ditinggalkan jiwa2 itu
jiwa2 yang sedang bertarung dgn exam lagi lagilah memerlukan ruh yg mantap
moga tidak tersasar drpd tujuan asal penciptaanya
iaitu beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah

sahabatku, semoga Allah meredhai usaha kita semua ye~ amin~
saya tahu dan faham perasaan awak
jalan ini jalan para nabi.. jalan yang dihujungnya ade syurga iA

selamat bermujahadah semua

makanan oh makanan!

salam semua,
hmm.. dah lama dah x berupdate blog jundiy praha ni..

meh la ana coret sket

ana suka sgt makan
x pernah rasa lapar yg teramat
kalo rasa lapar sikit je, ana akan terus cari makanan
ini adalah fitrah manusia.. lapar..

ana ni ada satu habit yg everyweek ana buat.. hehe
on the way pergi klas cz tu, ana akan singgah kedai roti n beli la 2 roti
walaupun kat rumah dah makan nasi, ana akan beli jugak
ish2 makan je keje ana.. hehe

hari tu kan, bila ana tgh jalan2 n makan [sila jgn ikut!~]
ana terfikir.. haishhh
asyik makan je
ana sgt concern pasal makanan jasad ana
huhu..
makanan rohani mcm mana?
adakah rohani kita lapar?
dah bagi rohani kita makan sumthing ke hari ni?
huhu..
rasa bersalah sgt kat diri sendiri..

[ooo.. makanan jasad awak sgt jage! makanan ruh awak cam mane?....ni la ayat yg ana slalu tanye diri]
slalu je ana tanya diri.. tp kadang2 x gerak2 pun.. huhu
semangat kena kuat sbb syaitan ni ade je agenda die yg nak batalkan plan untuk mengimprove diri.. jahat la die!~~~ benci syaitan!

kdg2 ana rasa mcm menzalimi diri sendiri sbb Allah bg ana hidup kat dunia untuk mengumpul bekal ke akhirat tp.... ana... byk je lagha2

kawan2 bantulah ana ye..
semoga Allah mentautkan hati kita semua pada landasan ini... pada jalan dakwah ini

biar terlihat tidak punya apa...

biar terlihat tidak punya apa
tetapi hati kaya dengan rasa
rasa kasih dan cinta ilahi
biar persandaran hanya pada Tuhan
merasai cukup hanya dengan-Nya

air terjun.. tadabbur alam

bismillahirrahmanirrahim,

okurka rasa terpanggil nak share gambar2 ni dgn semua.. insya Allah





kalau la aku terjatuh.. huhu

takutnya ya Allah.. sesungguhnya aku lg takut akan neraka
bila okurka tgok gambar2 ni kan...
ya Allah... hebatnya gerun la tgok air terjun ni..
ya Allah, kalau la aku terjatuh.. x de sape2 yg buleh selamatkan aku selain Engkau
rasa takut sgt kalo terjatuh dalam air terjun tu.. huhu
pastu kan, okurka terbayang pasal hari akhirat nanti..
sesungguhnya neraka tu sangatla dasyat waktu tu..
kalo kita merayu dgn Allah, dah terlambat
tp, kalo kita jatuh dalam air terjun tu,
kita still buleh mintak pertolongan Allah kan kan huhu..
Allah, tunjukkan kami jalan yg lurus
kami x mahu masuk ke dalam api neraka
tunjukkan kami jalan yg Engkau redhai
amin~
ape korang rase bila tgok gambar ni?
sama2 kita melihat dan berfikir dgn semua ciptaan Allah
sesungguhnya, setiap satu ciptaan-Nya itu ada hikmah yg terselindung..
hanya bagi org2 yg berfikir

benarlah Engkau Maha Pencipta




hati ini menangis.. takut2 diri ini terogolong dalam ahli neraka.. nauzubillah


subhanallah..
bagi okurka.. gambar2 ini dapat membawa okurka merenung diri.. huhu
rasa kerdil sangat diri ini
semoga semua pun dapat mengambil ibrah (pengajaran)

tahajjud *^_^*

bismillahirrahmanirrahim,1] Wahai orang yang berselimut!.

[2] Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

[3] Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.



~tazkirah untuk diri okurka dan sahabat2 okurka yg lain~